top of page

BADAL HAJI

HADIAH YANG PALING BERNILAI BUAT YANG TERSAYANG MEMENUHI TUNTUTAN KEPADA PENCIPTANY-NYA

PENDAFTARAN BADAL HAJI 2026 / 1447 H
KINI DIBUKA

Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku sudah tua sekali, tidak mampu menunaikan haji dan umrah dan tidak berkemampuan ke sana''

 

 Rasulullah SAW bersabda:

''Haji dan Umrahkanlah untuk ayahmu''

(Hadis Riwayat Abu Daud, No.1810)

Kami menyediakan perkhidmatan Badal Haji buat insan yang tiada harapan untuk sembuh daripada sakit ataupun telah meninggal dunia sebelum dapat menunaikan haji walaupun sekali seumur hidupnya.

 

Kita mampu untuk melunaskan tanggungjawab hutang mereka dengan Allah SWT seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW melalui wakil Badal Haji yang telah diamanahkan. In Shaa Allah...

MAKSUD BADAL HAJI & DALIL

Badal bermaksud “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Mengganti oleh kerana mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik yang disahkan oleh doktor, usia tua (uzur) atau kematian (berkemampuan dari segi kewangan semasa hayatnya)

Barang siapa yang mampu menyambut panggilan Haji kemudian terhalang kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau lanjut usia maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

Hal ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, dari Fadl bin Abbas bahawa seorang wanita dari Bani Khats`am berkata,

 

“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya”?

 

Rasulullah SAW menjawab, ”Boleh..”

Dalam hadis yang lain dari Ibni Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi SAW dan berkata,

 

“Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya”?

 

Nabi menjawab, "Kerjakanlah haji tersebut bagi pihak ibumu. Jika ibumu berhutang dengan seseorang adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah SAW kerana ia lebih patut dilunaskan”.

(Hadis riwayat Imam Al Bukhari)

Seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji.

 

Nabi bersabda, “Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An Nasaie)

SYARAT - SYARAT BADAL HAJI

  • Tidak sah badal haji bagi seseorang yang mampu melaksanakannya.

  • Sah badal haji  kepada mereka yang telah meninggal dunia dan mampu melaksanakan semasa hidup, orang yang sakit tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik, hemodialisis dan lain-lain atau mereka tidak ada keupayaan untuk melaksana ibadat haji.​

  • Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.​​

  • Sah bagi wanita mengambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya​

  • Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.​

  • Seseorang yang meninggal dunia yang mempunyai wang dan hartanah maka selayaknya dibadalkan dengan menggunakan hartanya sama ada ia berwasiat atau pun tidak

  • Mereka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh SEPERTI Kencing manis tahap kritikal & Sakit yang perlu pada hemodialisis

KELEBIHAN PELAKSANAAN MELALUI
AL HIJJRAH VACATION

SYARIKAT

BERDAFTAR

Syarikat Berpengalaman lebih 20 tahun dan berdaftar dengan MOTAC, MOF serta merupakan ahli MATTA & Bumitra

PELAKSANA

BADAL HAJI

Pelaksana Badal Haji dikendalikan oleh Petugas Khas kami yang  yang cukup syarat untuk tunaikan badal haji dan menetap di Mekah

PERKHIDMATAN

PROFESSIONAL

Setiap urusan akan direkodkan dan pemohon akan menerima invois beserta resit pembayaran secara

official

BAYARAN

ANSURAN

Kami menerima bayaran secara ansuran bagi memudahkan urusan

anda

TIADA ORANG TENGAH

Setiap urusan boleh dibuat secara terus dengan menghubungi pegawai kami atau terus hadir ke pejabat kami

PAKEJ BADAL HAJI & UPAH UMRAH

Flyers Badal Haji 2025-1446H.jpg
Gift Badal Haji.avif
Contoh Sijil Badal Haji_edited.avif

GALERI & REVIEW

© 2025 oleh Pengendali Haji Mujamalah
Designed by Pengendali Haji Mujamalah

bottom of page